Karnival Islami Masyarakat Madani Negeri Pulau Pinang

17 Mei 2025 -Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah menyertai Karnival Islami Masyarakat Madani Negeri Pulau Pinang bertempat di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.

Sepanjang program ini berlangsung, PHI juga telah membuka kaunter pameran bagi mempromosikan inisiatif pensijilan halal Pulau Pinang dan Penang Halal & Heritage Carnival (Edisi Laksa) yang akan diadakan pada 4 hingga 7 Julai 2025 bertempat di Pekarangan Giant Bayan Baru, Bayan Lepas. Bagi peniaga yang berminat untuk menyertai Penang Halal & Heritage Carnival (Edisi Laksa), sila hubungi Pn. Adila (011 1900 9015) atau En. Nasrul (017 472 1696) .