PHI Membimbing Usahawan ke Arah Pensijilan Halal

20 Mei 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke syarikat PG Two Fuji Sdn Bhd yang beroperasi di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan kesedaran pensijilan halal, penyediaan dokumen , semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.