PHI Membimbing Usahawan ke Arah Pensijilan Halal

11 Jun 2025 – sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke syarikat Mamazola Enteprise yang beroperasi di Pusat Pemprosesan Produk (PUSPRO) FAMA, Merbau Kudong, Sg Dua.

Lawatan ini juga turut disertai Penolong Pengurus Besar Jabatan Operasi Kutipan Zakat MAINPP, Ustaz Muhammad Shahril Bin Mohd Nasir di mana usahawan ini di bawah bimbingan ZAKAT MAINPP. Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan kesedaran pensijilan halal, penyediaan dokumen , semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.