Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PHI BIL 1/2026
15 Januari 2026 – YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Pengerusi Penang Halal International (PHI) telah mempengerusikan mesyuarat ahli lembaga pengarah Bil. 1/2026 dan turut dihadiri barisan ahli lembaga pengarah PHI.
Pada masa yang sama, mesyuarat turut mengalu-alukan kehadiran dua ahli lembaga pengarah PHI yang baharu iaitu Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman (Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang) dan Dato’ Hj Rosidi Hussain (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang).
Bagi tahun 2026, pelbagai program telah dirangka bagi memperkasa industri halal di Pulau Pinang khususnya bagi meningkatkan jumlah pemegang Sijil Halal Malaysia dalam kalangan usahawan bumiputera seterusnya menembusi pasaran tempatan dan global.
Pada masa yang sama, program-program baharu seperti pensijilan halal kotej akan terus dipertingkatkan khususnya kepada usahawan bumiputera Mikro dan Kecil tempatan selaras dengan strategi Pembangunan Industri Halal yang diletakkan di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi, Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).




