Penglibatan Pelatih Industri Di Bawah Seliaan PHI Dalam Lawatan Industri Ke Kilang MYKUALI MANUFACTURING SDN BHD

14 Ogos 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melaksanakan lawatan sambil belajar pelatih industri ke Kilang MyKuali Manufacturing Sdn Bhd yang terletak di Penang Science Park.

Sepanjang lawatan ini berlangsung, para pelatih ini juga telah didedahkan dengan perjalanan syarikat dalam memperoleh Sijil Halal serta mempelajari proses penghasilan produk-produk untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pada masa yang sama juga, Penang Halal International juga telah berpeluang untuk melawat kilang baharu syarikat yang baru sahaja berpindah ke Penang Science Park dan merasai produk-produk baharu yang dihasilkan serta membawa imej Pulau Pinang.