PERBINCANGAN BERSAMA YBHG. DATO AZIZ BIN BAKAR, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC)
10 September 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Pensijilan Halal Malaysia telah mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertempat di Ibu Pejabat PDC.
PHI telah diwakili oleh En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai terlibat. Antara agenda yang dibincangkan bersama YBhg. Dato Aziz bin Bakar adalah berkenaan cadangan pembangunan industri halal antara PHI dan PDC serta cadangan mempromosi Penang Halal Industrial Park pada World Expo Osaka yang akan berlangsung pada bulan September ini.




