KUNJUNG HORMAT KE MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
6 Oktober 2025- Penang Halal International selaku agensi kerajaan bersama Bahagian Pengurusan Halal, JHEAIPP telah bersama delegasi yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah, JHEAIPP untuk menyertai kunjung hormat ke Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bertempat di Masjid Angullia.
Delegasi ini juga telah diketuai YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Di-Pertua MAINPP. Pihak MUIS diketuai oleh Superitendan Masjid Daerah Selatan, Tuan Haji Izuan bin Mohamed Rais. Semasa sesi kunjungan hormat berlangsung, kedua-dua pihak telah mengadakan penerangan berkaitan fungsi dan peranan majlis antara pihak MAINPP/JHEAIPP dan MUIS.
Selain itu juga, para delegasi turut dibawa untuk sesi lawatan ke sekitar Masjid Angullia sebelum pertemuan dua pihak berakhir.




