LAWATAN GUANGDONG ECONOMIC & TRADE OFFICE IN SOUTHEAST ASIA (KUALA LUMPUR) & ZHUHAI NATIONAL HIGH-TECH INDUSTRIAL DEVELOPMENT ZONE, GUANGDONG, CHINA KE SYARIKAT PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA DI PULAU PINANG

9 Oktober 2025-Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengiringi lawatan delegasi Guangdong ke 2 syarikat pemegang Sijil Halal di sekitar Pulau Pinang.

Bagi lawatan pertama ke syarikat Hong Yang Hoo T.Y.T Malaysia, delegasi telah diberi penerangan tentang perjalanan awal syarikat sehingga berjaya menempatkan diri dalam kalangan syarikat yang menghasilkan produk ubatan herba yang telah dipersijilkan halal.

Seterusnya, delegasi meneruskan lawatan ke kilang Mykuali Manufacturing Sdn Bhd yanb terletak di Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang, Bukit Minyak. Pada masa yang sama, delegasi juga telah diberi penerangan tentang produk keluaran syarikat yang telah menembusi pasaran antarabangsa seperti mee segera, mee mamak dan lain-lain.