8 Disember 2025- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bersama-sama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang telah menganjurkan Bootcamp Usahawan Bumiputera Pulau Pinang siri 2/2025 bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP).
Dihadiri seramai 90 orang peserta meliputi usahawan Bumiputera Pulau Pinang dari pelbagai sektor, para peserta telah menyertai Sesi Townhall Pemimpin Bumiputera bersama Agensi Kerajaan: Inisiatif dan Insentif Bagi Memperkasa Keusahawanan Bumiputera yang turut dihadiri YB Dato’ Azrul Mahathir Aziz, Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang merangkap ADUN Bayan Lepas.
En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI selaku moderator dan turut disertai para panelis Puan Zilia binti Ramli (Penolong Pengarah Unit Pembiayaan Perniagaan MARA Pulau Pinang), En Mohd Faiz Azmi (Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PDC), En Mohamad Hazahari bin Md Haris (Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA), Pn Nurul Masni Mohd Saad (Ketua Unit Pembangunan Usahawan LPP Negeri Pulau Pinang) dan En Ruzaini Busu Leman (Penolong Pengarah Negeri SME corp Pulau Pinang).



