7 Januari 2026-Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menyertai program Usahawan MADANI 2026: Pemerkasaan Penjaja, Peniaga Kecil dan Usahawan Mikro Negeri Pulau Pinang yang diadakan di DPS 1 Kompleks Cahaya Siswa USM.
Program yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk daya usahawan yang lebih interaktif dan inovatif dalam mendepani realiti semasa di lapangan dan PHI juga turut diberi peluang untuk berkongsi inisiatif yang dijalankan oleh PHI dalam mempromosi SPHM dan meningkatkan jumlah pemegang sijil halal di negeri Pulau Pinang.
Dalam pembentangan yang telah disampaikan oleh En Mohamad Khairil bin Ahmad selaku Pengurus PHI, beliau telah berkongsi tentang usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinag di bawah kepimpinan YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang menyasarkan bahawa jumlah pemegang sijil halal perlu ditingkatkan bagi merancakkan lagi industri halal tempatan.



