KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KONSULAT JENERAL DI-RAJA THAILAND PULAU PINANG
Pada 8 Jun 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke YBhg Tuan Psusist Wongsurawat, Konsul Jeneral Thailand di Pejabat Konsulat Jeneral Di-Raja Thailand Pulau Pinang.
Sesi kunjungan hormat ini telah diketuai En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama-sama En Mohamad Khairil bin Ahmad (Pengurus PHI) dan En Muhammad Amir bin Subri (Pegawai Kanan Pentadbiran).
Dalam pertemuan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif PHI telah berkongsi maklumat mengenai penganjuran Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026 di Politeknik Seberang Perai. Selain itu, perbincangan turut menyentuh perkembangan semasa industri halal di Pulau Pinang serta potensi kerjasama strategik antara Pejabat Konsulat Jeneral Di-Raja Thailand dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Penang Halal International.
Kunjungan hormat ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan dua hala serta membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam pembangunan industri halal, perdagangan dan pelaburan antara Pulau Pinang dan Thailand pada masa hadapan.




