MAJLIS KUNJUNGAN HORMAT PESURUHJAYA TINGGI NEW ZEALAND KE MALAYSIA SEMPENA LAWATAN KERJA KE PULAU PINANG

GEORGE TOWN, 28 April 2026 – Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bersama Penang Halal International telah menerima kunjungan daripada His Excellency Michael Wehi Mailetonga Walsh, New Zealand High Commissioner to Malaysia pada 28 April 2026, jam 11.30 pagi. Majlis perjumpaan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Turut hadir bersama His Excellency ialah Ms. Najla Bustaman, Policy Advisor, New Zealand High Commission Kuala Lumpur.
Majlis ini juga turut disertai oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, wakil Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, wakil Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) iaitu dari AKPS NBCT, Pengarah Matrade Pulau Pinang, wakil Penang Development Corporation (PDC), Presiden Pertubuhan Usahawan Muslim Pulau Pinang, wakil Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana (SAMENTA), Pengarah Urusan Syarikat Pak Ali Food Sdn. Bhd, YBhg Dato’ Dastagir @ Salim bin Mohd Yassin, Ahli Lembaga Pengarah, Zakat MAINPP, wakil KITAB dan lain-lain lagi.
Fokus perbincangan adalah mengenai inisiatif perdagangan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan New Zealand termasuk berkaitan industri halal. Majlis yang berlangsung hampir dua (2) jam berakhir dengan majlis penyampaian cenderamata.
Semoga jalinan kerjasama strategik antara Malaysia dan New Zealand akan terus berpanjangan untuk kesejahteraan bersama.