BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL KOTEJ PULAU PINANG

Pada 14 Mei 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah melaksanakan bimbingan pensijilan halal kotej kepada syarikat Puassh Multi Trading, Adilah Ahmad Enterprise, Nurul Berjaya Enterprise dan Ummie Mazie Enterprise di pejabat PHI, Tingkat 44 KOMTAR.
Sesi bimbingan ini dilaksanakan kepada pihak syarikat berkaitan penyediaan dokumen pensijilan halal, susun atur pelan premis serta tatacara permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Pada masa yang sama, bimbingan ini turut melibatkan pelajar-pelajar latihan industri di bawah seliaan PHI untuk memberi pendedahan bagaimana proses pensijilan halal Malaysia berjalan mengikut prosedur yang telah digariskan.
Program Pensijilan Halal Kotej ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Pengembangan Sosioekonomi melalui Ekosistem Industri Halal yang digariskan dalam Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).
Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyasarkan agar industri kotej yang berpotensi dapat diangkat sebagai pemegang sijil halal, seterusnya memperkukuh daya saing serta mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.