MESYUARAT PENYELARASAN PENANG INTERNATIONAL HALAL EXPO 2026 (PIHEX2026)
Penang Halal International (PHI) selaku agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan bersempena penganjuran Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX2026) bertempat di Bilik Straitsquay, Crowne Plaza Penang Straits City, Butterworth, Pulau Pinang.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Zainuddin Mohamed selaku Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merangkap Ahli Lembaga Pengarah PHI. Turut hadir ialah En. Mohd Azraie Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif PHI), YBrs. Dr. Haji Syaharudin Shah Haji Mohd Noor (Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, ICU JPM), YBrs. Tuan Haji Mohd Ruzi Hamzah (Pengarah Politeknik Seberang Perai), YBrs. En. Mohd Faiz bin Azmi (Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PDC) serta wakil-wakil jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama kontraktor rasmi PIHEX2026 iaitu Data Sukan Consulting Sdn. Bhd.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan secara terperinci berkaitan penyelarasan pelaksanaan PIHEX2026 yang bakal berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026. Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek pengurusan tapak pameran, pengisian program, penyelarasan protokol serta persiapan majlis perasmian yang dijadualkan akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 25 Julai 2026.
Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan pengurusan acara, pengisian program, promosi, logistik dan persiapan majlis perasmian PIHEX2026 yang bakal berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026. Penganjuran PIHEX2026 juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri melalui penglibatan aktif usahawan, pelabur dan agensi berkaitan industri halal, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sektor halal sebagai antara pemacu utama ekonomi masa hadapan.




