KUNJUNGAN HORMAT KE KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA PULAU PINANG
Pada 22 Mei 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menyertai sesi kunjungan hormat ke YBhg. Bapak Wanton Saragih Sidauruk, Konsul Jeneral bagi Konsulat Jenderal Republik Indonesia Pulau Pinang bertempat di Pejabat KJRIPP, Georgetown Pulau Pinang.
Kunjungan hormat ini telah diketuai YB Goh Choon Aik selaku EXCO Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Pulau Pinang dan turut disertai wakil Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (BPEN PSUKPP). Hadir sama mewakili PHI adalah En Mohd Azraie Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama para pegawai.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memaklumkan acara Penang International Halal Expo (PIHEX) yang bakal diadakan pada 24 hingga 26 Julai 2026 bertempat di Politeknik Seberang Perai dan akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 25 Julai 2026.
Pada masa yang sama, delegasi juga turut memaklumkan penyertaan kerajaan negeri Pulau Pinang di dalam Pekan Raya Sumatera Utara (Medan Fair) kali ke-50 yang akan diadakan bermula 3hb Julai hingga 2hb Ogos 2026 untuk menerokai pelbagai
keistimewaan ”Discover Penang” bagi memperluaskan keperluan pasaran di Republik Indonesia khususnya di wilayah Medan serta menghubungkan usahawan Pulau Pinang dengan Wilayah Medan, Indonesia.




