SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS LAWATAN TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG KE PIHEX 2026!

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menjunjung kasih diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah atas kesudian melawat Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026!

Kehadiran TYT Tun dan YM Toh Puan melawat gerai-gerai pameran, menyapa para usahawan, serta menyaksikan sendiri pelbagai produk dan inovasi halal sungguh menyemarakkan lagi suasana ekspo dan memberi dorongan semangat yang cukup besar buat seluruh warga kerja serta usahawan yang terlibat.

Moga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Mulia Toh Puan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan senantiasa di bawah rahmat Allah SWT.

Terima kasih TYT Tun dan YM Toh Puan atas sokongan yang tidak terhingga! 🙏✨