MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PEKAN RAYA SUMATERA UTARA (PRSU) 2026
Pada 2 Ogos 2026, delegasi Pulau Pinang telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Pekan Raya Sumatera Utara (PRSU) 2026 yang telah disempurnakan oleh H.S. Surya selaku Wakil Gubernur Sumatera Utara.
Penang Halal International turut berperanan sebagai agensi penyelaras bagi minggu akhir di Pavilion Pulau Pinang. Di dalam acara ini juga turut ditampilkan produk halal “Made In Penang” yang merangkumi produk makanan dan minuman, produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perkhidmatan. Penganjuran acara ini juga merupakan platform strategik untuk memperluaskan pasaran, membina rangkaian kerjasama baharu dan membuka peluang kepada usahawan Pulau Pinang menembusi pasaran Indonesia.
YB Dato Hj Rashidi bin Zinol selaku EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang bersama delegasi turut melawat Pavilion Pulau Pinang dan mengadakan perjumpaan bersama usahawan bagi mendapatkan maklum balas serta dapatan melalui penyertaan ke acara ini.




