TAKLIMAT PENSIJILAN HALAL KOTEJ
Pada 15 Ogos 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah dijemput untuk memberikan taklimat berkaitan Program Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
Taklimat ini merupakan sebahagian daripada pengisian sempena Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026 iaitu Kursus Retortpreneur – Transformasi Masakan Tradisional ke Pasaran Digital di bawah Unit Pelajaran Sepanjang Hayat.
Turut hadir menyampaikan taklimat adalah En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI yang berkongsi serba sedikit tentang perjalanan terkini program pensijilan halal kotej serta kejayaan usahawan-usahawan mikro yang menyertai program ini serta telah memperoleh sijil halal.




