BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL KOTEJ PULAU PINANG
Pada 19 Ogos 2026, Penang Halal International telah melaksanakan lawatan serta bimbingan pensijilan halal kotej Pulau Pinang bersama syarikat A One QBest Enterprise bertempat di Teluk Air Tawar, Tasek Gelugor.
Lawatan ini juga merangkumi aktiviti bimbingan secara terus kepada pengusaha berkaitan keperluan dan pematuhan Pensijilan Halal Malaysia, merangkumi aspek pengurusan bahan mentah, proses pengeluaran, dokumentasi serta pengurusan premis.
Selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (API 2030) menerusi Teras Sosioekonomi, yang memberi fokus kepada pemerkasaan ekonomi umat Islam, pembangunan keusahawanan serta pengukuhan sektor halal sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi para usahawan bukan sahaja dapat meningkatkan tahap pematuhan halal, malah berpeluang meningkatkan kredibiliti, keyakinan pengguna dan daya saing produk di pasaran yang lebih luas.




