MESYUARAT PENYELARASAN FESTIVAL KOPERASI PULAU PINANG 2026

Pada 20 Oktober 2026, Penang Halal International (PHI) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Festival Koperasi Pulau Pinang 2026 yang berlangsung di Masjid Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kehadiran PHI dalam mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan dalam menjayakan penganjuran festival, khususnya dalam membuka peluang kepada usahawan industri halal untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

Penyertaan ini juga selaras dengan komitmen PHI untuk memperluas akses pasaran, meningkatkan keterlihatan produk halal tempatan serta menggalakkan penglibatan usahawan dalam program pembangunan ekonomi negeri.