Bengkel Penyelarasan Peranan Dan Fungsi Penang Halal International dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP

Share

Pada 13 Januari 2022, Penang Halal International selaku agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganjurkan bengkel penyelarasan dan fungsi bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi Penang Halal International turut hadir bagi menyampaikan ucapan aluan dan perasmian. Dalam ucapan yang telah disampaikan, YB Dato menggalakkan kerjasama yang boleh dijalankan di antara kedua-dua agensi.

Turut hadir Ustaz Faizal bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan merangkap menjalankan fungsi Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP memeriahkan bengkel yang diadakan.