Bootcamp Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 1.0

Share

17 Ogos 2024 -Penang Halal International dan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Unit Penyelarasan dan Pemantauan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah menganjurkan Bootcamp Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2024 bertempat di Bukit Jawi Golf Resort.
Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Halal International yang turut merasmikan program ini. Turut hadir sama, Dr. Haji Syaharudin Shah bin Mohd Noor (Pengarah, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang), dan ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang.