Get to know Penang Halal International (PHI) better and what we stand for.
Find out how we can help and cater to your business needs in this industry.
KUALA LUMPUR: Penganjuran Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC) 2022 di Pulau Pinang yang akan berlangsung pada 1 sehingga 3 Julai ini akan membawa satu sudut pandang sektor halal yang baharu.
Ia bakal memfokuskan kepada penyelarasan perniagaan pada peringkat global pasca pandemik dan juga kelebihan kepada perbandingan industri halal di peringkat Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Penang Halal International, Fazil Irwan Som berkata, persidangan itu adalah usaha bagi memperkenalkan mesej baharu mengenai produk dan perkhidmatan halal.
“PIHEC 2022 adalah satu usaha untuk mempromosikan mesej baharu halal, bukan sahaja menjadikan halal sebagai satu jenama bagi perniagaan malah menjadikan ia satu nilai yang baik untuk dikongsikan secara bersama,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata seperti pengalaman lalu, fokus peserta ialah dari negara Asia Tenggara tetapi ada juga penyertaan dari jauh seperti Sepanyol.
Sementara itu, Exco Perdagangan, Industri, dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain, berkata negeri Pulau Pinang adalah lokasi yang sesuai untuk menjadi Hab Halal dan laluan pintu masuk bukan sekadar di wilayah utara Malaysia namun juga sebagai satu tempat tumpuan pusat rantaian bekalan halal di Asia Tenggara.
Abdul Halim malam tadi menyempurnakan prapelancaran kepada PIHEC 2022 yang mana selepas ini pasukan mereka akan giat melakukan promosi penawaran kiosk expo dan penyertaan.
Penang Halal International Sdn. Bhd. (PHI)
Level 44, KOMTAR, 10503 Georgetown, Penang, Malaysia.
Stay up-to-date with us on what’s happening
COPYRIGHT@2024 PENANG HALAL INTERNATIONAL SDN.BHD