Get to know Penang Halal International (PHI) better and what we stand for.
Find out how we can help and cater to your business needs in this industry.
Pada 14 Disember 2021, Penang Halal International telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun 2021 dan Majlis Penghargaan kepada Pn Aida Lim Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau yang berakhir pada 31 Disember 2021. Majlis ini juga diadakan bertujuan untuk meraikan agensi dan syarikat yang telah banyak membantu PHI dalam melaksanakan pelbagai program dan inisiatif sepanjang tahun 2021.
Dalam ucapan YB Dato Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi PHI, beliau menyatakan bahawa Pn Aida telah banyak membantu dalam usaha mentransformasikan agenda pembangunan agensi kepada negeri Pulau Pinang dan Malaysia khususnya dalam bidang syariah dan halal, memacu ekosistem perniagaan halal ke hadapan, dan menjenamakan semula PHI ke arah imej yang lebih berdaya saing setaraf di peringkat antarabangsa.
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, serta warga kerja Penang Halal International mengucapkan selamat maju jaya buat Puan Aida atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di negeri Pulau Pinang dan mendoakan agar beliau akan terus maju dan berjaya pada masa hadapan.
Penang Halal International Sdn. Bhd. (PHI)
Level 44, KOMTAR, 10503 Georgetown, Penang, Malaysia.
Stay up-to-date with us on what’s happening
COPYRIGHT@2024 PENANG HALAL INTERNATIONAL SDN.BHD