Jelajah Halal 2024 Negeri Pulau Pinang

Share

28 Mei 2024 – Bersempena dengan Program Jelajah Halal Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Maybank Islamic dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Penang Halal International turut terlibat sama dengan membuka reruai pameran bertempat di Ixora Hotel, Pulau Pinang.
Sepanjang program ini berlangsung, PHI telah menerangkan tentang inisiatif yang telah dijalankan dalam menggalakkan perkembangan industri halal di Pulau Pinang serta pelbagai program yang dilaksanakan.