Get to know Penang Halal International (PHI) better and what we stand for.
Find out how we can help and cater to your business needs in this industry.
Pada 23 November 2021, Penang Halal International dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Asas Pensijilan Halal Malaysia siri ke-2 bertempat di Auditorium C Tingkat 5 KOMTAR. Kursus ini diadakan selaras dengan pengumuman geran pensijilan halal berjumlah RM320 kepada usahawan mikro baharu dan sedia ada seperti yang diumumkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1. Kursus ini juga mensasarkan penyertaan usahawan baharu dan sedia ada dari Perusahaan Mikro, Kecil, & Sederhana (PKS) sekitar Pulau Pinang.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Abdul Halim Hussain, Exco Perdagangan, Industri & Pembangunan Usahawan Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Halal International. Dalam ucapan beliau, YB Dato menasihatkan para usahawan untuk meneroka sektor industri halal dengan lebih aktif kerana ia mempunyai potensi yang besar.
Kursus ini juga telah dikendalikan oleh Puan Nurhanisah Othman, Pegawai Teknologi Makanan di Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Pelbagai persoalan berkaitan prosedur pensijilan halal telah diterangkan semasa kursus ini berjalan dan kursus berakhir pada jam 4.30 petang.
Penang Halal International Sdn. Bhd. (PHI)
Level 44, KOMTAR, 10503 Georgetown, Penang, Malaysia.
Stay up-to-date with us on what’s happening
COPYRIGHT@2024 PENANG HALAL INTERNATIONAL SDN.BHD