Majlis Pra-Pengumuman Penang International Halal Expo (PIHEX)

14 Oktober 2024 -YB Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi Penang Halal International telah mengadakan sidang media khas bersempena majlis pra pelancaran Penang International Halal Expo (PIHEX). Hadir sama YB Fahmi Zainol, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Lembaga Pengarah PHI, En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI, ahli-ahli lembaga pengarah, ketua-ketua jabatan dan rakan media lain.

PIHEX bakal diadakan pada 5 hingga 8 Disember 2024 (Khamis-Ahad) bertempat di Tapak Gravitas Jalan Baru, Perai. Ia akan memberi lebih peluang kepada masyarakar setempat untuk merasai kemeriahan acara ini selaras dengan usaha untuk merakyatkan PIHEX.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *