Jelajah Taklimat Bimbingan Kecemerlangan Halal Pulau Pinang @ Dewan MPKK Taman Wira Pantai Robina
29 Julai 2025 – Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melaksanakan jelajah taklimat bimbingan kecemerlangan halal Pulau Pinang bertempat di Dewan MPKK Taman Wira, Pantai Robina, Teluk Air Tawar.
Dihadiri seramai 50 orang peserta terdiri dari peniaga dan usahawan, para peserta telah didedahkan tentang kefahaman dan kepentingan pensijilan halal khususnya tentang proses serta langkah permohonan pensijilan halal Malaysia. Pengisian program juga telah diisi oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP dan Zakat MAINPP
Program ini juga telah dirasmikan oleh YBrs. En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Halal International.




