Penglibatan Pelajar Latihan Industri Di Bawah Penang Halal International Melawat Kilang Jeruk Madu Pak Ali
13 Ogos 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia(SPHM) telah melaksanakan lawatan ke kilang pemprosesan di bawah syarikat Jeruk Madu Pak Ali bagi memenuhi keperluan pelajar latihan industri di bawah seliaan PHI khususnya dalam mendalami industri halal.
Sepanjang lawatan ini berlangsung, kesemua pelatih telah didedahkan dengan proses penghasilan produk sehingga mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Para pelatih juga telah mempelajari bagaimana perjalanan syarikat sehingga berjaya hingga ke hari ini.




