Sesi Bersama Cawangan Kualiti, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM
26 Ogos 2025- para pegawai Penang Halal International berpeluang menimba pengalaman mendalami ilmu dan pengetahuan bersama Seksyen Kualiti Bahagian Pengurusan Halal JAKIM bertempat di Ibu Pejabat JAKIM, Putrajaya.
Sepanjang sesi yang dikendalikan oleh pegawai Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, para pegawai telah didedahkan berkenaan pemantauan kompetensi dan prestasi juruaudit khususnya semasa proses pengauditan dan pemantauan permohonan serta pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.




