LAWATAN KE RUMAH SEMBELIHAN HALAL NEGERI SEMBILAN DI SYARIKAT RABBIT FUN LAND

22 Oktober 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi sijil pengesahan halal Malaysia bersama-sama Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, ahli panel pensijilan halal Malaysia negeri Pulau Pinang dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, KPDNKSH Pulau Pinang, Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai telah melaksanakan lawatan rumah sembelihan halal ke syarikat Rabbit Fun Land bertempat di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Syarikat ini juga menjalankan penternakan arnab pedaging dan penyembelihan sebelum memasarkan ke pasaran.