PERTANDINGAN BORIA ANAK PENANG SEMPENA KARNIVAL KAMI ANAK PENANG
15 November 2025 – Penang Halal International dengan kerjasama Belia 4B Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Pertandingan Boria Anak Penang bersempena dengan penganjuran Karnival Kami Anak Penang pada 15 November hingga 17 November 2025 bertempat di Batu Maung Foodies, Batu Maung.
Acara ini juga telah mendapat penyertaan yang memberansangkan dari anak-anak muda Pulau Pinang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta serta pemenang di atas penyertaan!




