MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PENANG HALAL INTERNATIONAL BIL 3./2025
19 November 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bil. 3/2025 bertempat di Hotel Bayview.
Mesyuarat telah dipengerusikan YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi PHI dan turut dihadiri barisan ahli lembaga pengarah.
En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI telah membentangkan laporan terkini aktiviti agensi dan pelbagai perkara turut dibincangkan khususnya berkaitan perkembangan dan perancangan akan datang.




