BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL KOTEJ

Pada 25 September 2026, Penang Halal International (PHI) telah mengadakan lawatan bimbingan Pensijilan Halal Kotej ke Impian Asmiza Venture, yang beroperasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Impian Asmiza Venture merupakan usahawan kotej yang menjalankan perniagaan dalam bidang katering serta penghasilan pelbagai produk makanan, dengan operasi yang berkembang daripada skala kecil dan berpotensi untuk diperluaskan ke pasaran yang lebih besar.

Melalui lawatan ini, pasukan PHI memberikan bimbingan berkaitan persediaan ke arah Pensijilan Halal Malaysia, termasuk pengurusan bahan mentah, proses penyediaan makanan, kebersihan dan sanitasi, penyimpanan, kawalan halal serta dokumentasi yang diperlukan.