Pertemuan Bersama PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd
19 Februari 2025 -Penang Halal International selaku agensi bertanggungjawab bagi mempromosikan halal telah mengadakan sesi pertemuan bersama Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd, anak syarikat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bertempat di ibu pejabat PVISB, Kubang Menerong pada 19 Februari 2025.
Hadir sama pada pertemuan ini ialah En Mohd Azraie Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif PHI manakala pihak PERDA diwakili En Mohamad Hazahari bin Md Haris (Pengurus Pembangunan Ekonomi), En Ahmad Al Farooqi bin Haja Mohideen (Penolong Pengurus Pembangunan Usahawan II), dan PVISB diwakili En Khaizan (Ketua Pegawai Operasi) dan pegawai PVISB. Antara agenda yang dibincangkan adalah ruang dan peluang bagi membangunkan prospek pembangunan industri halal di PERDA Food Park seterusnya meningkatkan jumlah pemegang sijil halal di Pulau Pinang.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!