Pertemuan Bersama Dato’ Seri Abdul Malik Abdullah, Pemilik Restoran D’tandoor
24 Februari 2025 -Penang Halal International selaku agensi bertanggungjawab bagi mempromosikan halal telah mengadakan sesi pertemuan bersama D’Tandoor International Group of Companies bertempat di bilik mesyuarat PHI pada 24 Februari 2025.
Hadir sama pada pertemuan ini ialah En Mohamad Khairil bin Ahmad dan Pn Nazirah binti Hassan mewakili PHI manakala pihak D’ Tandoor diwakili Dato’ Seri Abdul Malik Abdullah, pemilik Restoran D’Tandoor dan pegawai.
Antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan permohonan pensijilan halal Malaysia bagi rangkaian restoran D’Tandoor yang beroperasi di Pulau Pinang.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!