PHI Membimbing Usahawan ke Arah Pensijilan Halal
11 Jun 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke Syarikat Aina Sari Enterprise yang beroperasi di Pusat Pemprosesan Produk (PUSPRO) FAMA, Kg Selamat, Tasek Gelugor.
Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan kesedaran pensijilan halal, penyediaan dokumen , semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.