Seminar Maqasid Syariah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025

31 Julai 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mempromosikan pensijilan halal Malaysia telah menyertai Seminar Maqasid Syariah peringkat negeri Pulau Pinang.

Dianjurkan oleh Pusat Kajian Pemikiran Ketamadunan Al Hady, program ini turut disertai pelajar-pelajar latihan Industri dari PHI bagi memberi pendedahan kepada golongan belia tentang pemahaman Maqasid Syariah dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.