KUNJUNG HORMAT PENANG HALAL INTERNATIONAL DAN BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL JHEAIPP KE SYARIKAT FARM FRESH, JOHOR BAHRU
7 Oktober 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bersama-sama Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP telah mengadakan lawatan ke syarikat Farm Fresh yang beroperasi di Johor Bahru bersempena lawatan delegasi ke negeri Johor dan Singapura.
Delegasi telah disantuni oleh Pengurus Besar, En. Abdullah Bakri dan telah diberikan taklimat serta lawatan ke fasiliti pemprosesan susu, yang merupakan premis pemegang Pensijilan Halal JAKIM.




