PERTEMUAN BERSAMA PENGURUS BESAR PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SERI PULAU, BALIK PULAU

18 November 2025-Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melakukan sesi pertemuan bersama En Shamsul Razak, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Pulau, Balik Pulau.

Dalam sesi pertemuan yang diketuai En Mohamad Khairil bin Ahmad selaku Pengurus, perbincangan juga berkisarkan tentang persediaan program Bootcamp Usahawan Bumiputera 2/2025 yang akan diadakan di daerah Barat Daya pada 7-9 Disember 2025 serta potensi usahawan bimbingan PPK Seri Pulau yang boleh diangkat untuk PHI membimbing ke arah pensijilan halal Malaysia.