PHI MEMBIMBING USAHAWAN KE ARAH PENSIJILAN HALAL
23 Disember 2025- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melakukan kunjungan ke rumah Mak Tom yang menghasilkan produk dodol tradisional dan beroperasi di Permatang Nibong, Seberang Jaya.
Lawatan ini juga turut disertai En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif bersama kakitangan PHI yang juga telah melaksanakan bimbingan pensijilan halal merangkumi penerangan dan tatacara dalam memohon SPHM dan pada masa yang sama, lawatan ini juga turut melibatkan para pelatih industri yang sedang menjalani latihan di PHI sebagai pendedahan tentang senario industri halal yang sedang berlaku kini.




