PROGRAM HALAL BIZSTART

Pada 31 Mac 2026- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) turut dilibatkan di dalam Program Halal Bizstart yang dianjurkan oleh Pejabat MARA Negeri Pulau Pinang.

Program ini telah disertai oleh usahawan-usahawan bimbingan MARA dengan objektif untuk memberi pendedahan khususnya berkaitan pensijilan halal Malaysia.
Para peserta juga telah mendengar taklimat berkenaan taklimat kemudahan yang disediakan MARA, Konsep Halalan Toyyiban, Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, dan Pembangunan Dokumen Internal Halal Control System.

Program ini juga turut dihadiri En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI dan majlis penutup telah disempurnakan oleh En Abdul Halim Mohamad, Pengarah MARA Negeri Pulau Pinang.