Pada 13 April 2026- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melaksanakan taklimat pensijilan halal kepada premis makanan Kassim Nasi Kandar.
Perjumpaan ini turut dihadiri pemilik Kassim Nasi Kandar dan wakil dari PHI serta BPH. Taklimat berkaitan inisiatif pensijilan halal khususnya bimbingan penyediaan dokumen MyEHalal dan penyenaraian senarai bahan ramuan turut telah disampaikan oleh pegawai terlibat.
Sebagai salah satu negeri yang merekodkan jumlah pemegang sijil halal tertinggi di Malaysia, kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi agensinya PHI aktif dalam mempromosikan SPHM kepada usahawan-usahawan yang berpotensi dengan hasrat untuk meningkatkan jumlah pemegang sijil halal dari tahun ke tahun.



