KUNJUNGAN HORMAT DAN MESYUARAT BERSAMA BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (AGROBANK)

Pada 22 April 2026, Penang Halal International (PHI), selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), telah mengadakan satu kunjungan hormat dan mesyuarat bersama Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) bertempat di Ibu Pejabat Agrobank, Kuala Lumpur yang diketui oleh En. Mohamad Khairil Ahmad, Pengurus PHI dan Pn. Isharina Basri, Pen. Pengurus PHI.

Mesyuarat ini dihadiri oleh En. Rosli bin Jusoh, Head, Agrobank Centre of Excellence bersama Pn. Azlida binti Othman, Section Head, Halal Development Section, Agrobank Centre of Excellence.

Antara agenda yang dibincangkan, mempromosi dan memperkenalkan penganjuran program Penang International Halal Expo (PIHEX) yang dijadualkan berlangsung pada 19 – 21 Jun 2026 bertempat di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan meneliti potensi kolaborasi strategik sepanjang program berlangsung, khususnya dalam usaha menarik penyertaan masyarakat setempat dan komuniti. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh pembangunan ekosistem halal serta memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.