MESYUARAT BERSAMA BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (AGROBANK)
Pada 28 April 2026, Penang Halal International (PHI), selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab dalam mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), telah mengadakan satu mesyuarat bersama Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank). Mesyuarat ini berlangsung di Bilik Mesyuarat PHI, KOMTAR.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI. Turut hadir ialah Dato’ Haji Alias bin Haji Ali, Pengarah Urusan Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd., Tn. Haji Rosli bin Jusoh, Head, Agrobank Centre of Excellence, Pn. Azlida binti Othman, Section Head, Halal Development Section, Agrobank Centre of Excellence, Pn. Isharina Basri, Penolong Pengurus PHI, serta wakil Pejabat Agrobank Wilayah Utara.
Mesyuarat ini merupakan susulan daripada pertemuan awal antara PHI dan Agrobank yang telah diadakan pada 22 April 2026. Antara fokus utama perbincangan adalah berkaitan penganjuran Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2026 di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Perbincangan turut meneliti potensi kolaborasi strategik sepanjang program tersebut, khususnya dalam usaha memperluas penyertaan masyarakat setempat dan komuniti.
Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan potensi kerjasama dalam meningkatkan jumlah pemegang sijil halal di Pulau Pinang, khususnya melalui pelaksanaan Program Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.




