MESYUARAT BERSAMA NCER

Pada 19 Jun 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak NCER yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PHI, En Mohd Azraie bin Ramli bagi meneroka peluang kerjasama dalam memperkasa pembangunan usahawan dan industri halal di Pulau Pinang

Antara perkara yang dibincangkan adalah peluang penawaran insentif di bawah Program NCER Technology Innovation Centre (NTIC) kepada syarikat yang layak. Program ini menawarkan pelbagai insentif strategik kepada syarikat teknologi, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta syarikat pemula niaga melalui geran pemadanan (matching grants), kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta sokongan pembangunan bakat bagi memacu inovasi dan pertumbuhan perniagaan.

Inisiatif ini dilihat berpotensi membantu syarikat-syarikat dalam ekosistem halal meningkatkan keupayaan teknologi, memperkukuh daya saing serta mempercepatkan pengkomersialan produk dan perkhidmatan ke pasaran yang lebih luas.