KUNJUNGAN HORMAT SEMPENA PIHEX 2026
Pada 7 Mei 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bertempat di Ibu Pejabat STeP, Ipoh, Perak
Mewakili PHI dalam pertemuan ini adalah Pn Isharina Basri (Penolong Pengurus PHI), En Muhammad Irsyad Kamaruzzaman (Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat), Cik Nur Shahidah Syed Mohamad (Pegawai Media) dan Pn Siti Nur Syafiqah Maziduddin (Setiausaha) manakala pihak STep diwakili Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli (Pengarah STeP) dan para pegawai.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan penerangan program Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2026 dan jemputan kepada pihak Sekretariat Usahawan Negeri Perak sebagai pempamer bagi memeriahkan acara ini.




