MESYUARAT PENYELARASAN BIZFRANCAIS@PIHEX2026
Pada 12 Mei 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bertempat di Bilik Mesyuarat Timbalan Ketua Menteri 1, Tingkat 52 KOMTAR.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI. Turut hadir sama mengetuai delegasi PERNAS adalah Puan Nurshuhadah Hamid, Ketua Jabatan Komunikasi Strategik PERNAS bersama pegawai-pegawai.
Mesyuarat ini diadakan susulan daripada pertemuan secara atas talian yang telah dilaksanakan pada 24 April 2026 dan turut dibincangkan adalah perlaksanaan BizFrancais bagi tahun 2026 yang akan dilaksanakan sebagai salah satu komponen aktiviti di bawah Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026.
BizFrancais ialah program strategik anjuran Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) untuk memperkukuh industri francais di Malaysia. Program ini memberi pendedahan, pembiayaan, dan peluang rangkaian kepada usahawan tempatan serta bakal francaisi.




