BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL
Pada 19 Ogos 2026, Penang Halal International telah melaksanakan lawatan serta bimbingan pensijilan halal Malaysia kepada syarikat Hazrat Industries yang mengusahakan produk berasaskan kuaci bertempat di PUSPRO FAMA Kg Selamat, Tasek Gelugor.
Kakitangan PHI juga telah melaksanakan bimbingan meliputi aspek pengurusan bahan mentah, proses pengeluaran, dokumentasi, kebersihan serta pematuhan keperluan halal di premis dalam membuat persediaan ke arah mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia.
Usaha ini turut menyumbang kepada Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (API 2030) menerusi Teras Sosioekonomi, khususnya dalam memperkasa usahawan, meningkatkan keupayaan ekonomi umat Islam serta memperkukuh industri halal sebagai salah satu pemangkin pembangunan sosioekonomi negeri.




