LAWATAN KE SYARIKAT NASMIR FROZEN SDN BHD
Pada 8 September 2026, Penang Halal International telah menerima kehadiran daripada Syarikat Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), sebuah syarikat anak milikan penuh di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan Program Pembangunan Ekonomi untuk golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor bersempena kunjungan lawatan kerja ke Pulau Pinang.
Turut hadir mengiringi lawatan ini adalah En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama para pegawai manakala TERAS pula dihadiri En Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai TERAS.
Antara objektif lawatan kerja ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti produk-produk berpotensi di sekitar Pulau Pinang yang mempunyai nilai pasaran serta boleh membantu meningkatkan rantaian ekonomi tempatan.
Lawatan ini telah dimulakan dengan melawat Nasmir Frozen Sdn Bhd, anak syarikat di bawah Nasmir Holding Sdn Bhd yang memfokuskan kepada pemborong barang runcit dan pembekal ayam segar. Syarikat ini juga merupakan pembekal & pusat penyembelihan ayam segar yang telah mendapat pensijilan halal oleh JAKIM.




